4 Disember 2025 |Lawatan Pentauliahan Pusat Bertauliah Cawangan (PBC) bagi kursus berasaskan COPTPA fasa 3 Program Sijil Teknologi CADD Senibina SCCS03 dan Program Diploma Teknologi CADD SENIBINA DCCS34 di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 80
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 377
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
27 November 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan program “Mini Job Fair 2025” dengan kerjasama pelbagai agensi dan rakan industri bertempat di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Program yang berlangsung bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari tadi telah dihadiri oleh wakil-wakil syarikat, pencari kerja, serta warga komuniti setempat. Antara agensi yang turut serta termasuklah PERKESO dan CUEPACS.
Penganjuran ini bertujuan menyediakan platform perkhidmatan sokongan kerjaya dan peluang latihan industri kepada agensi serta komuniti setempat khususnya golongan pencari kerja. Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan Jualan Rahmah Madani yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi antara institusi TVET, industri, dan komuniti setempat dalam menjana ekonomi serta pembangunan modal insan.
4 & 5 November 2025 | Ahli JKKP ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP). Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan daripada pegawai SHO ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Latihan Kebakaran (Fire drill) dan Pengusian Bangunan serta Taklimat Keselamatan Kebakaran oleh pasukan Bomba daripada Balai Bomba Banting. Objektif program ini adalah untuk memberikan kefahaman & kesedaran berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi jika berlakunya kebakaran. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini demi meningkatkan keselamatan & kesejahteraan kepada pegawai dan juga pelajar.
3 - 5 November 2025 | Mesyuarat Task Force Lead Trainer Immersive Vocational Learning Centre (IVLC) JTM Bil. 2/2025 telah berlangsung pada 3 November 2025, diikuti dengan Kursus Train-of-Trainer (TOT) selama tiga hari bermula 3 hingga 5 November 2025.
Program ini dianjurkan oleh ADTEC JTM Kampus Shah Alam, manakala ADTEC JTM Kampus Kuala Langat menjadi tuan rumah dengan menyediakan fasiliti dan tenaga pengajar.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Ts. A’yana binti Mokhtar, Timbalan Pengarah Latihan ADTEC JTM Kampus Shah Alam.
Kursus TOT dikendalikan oleh Puan Sarala a/p Kanthasamy dari Kampus Kuala Langat yang merupakan salah seorang ahli Task Force Lead Trainer IVLC JTM, dengan penyertaan 9 orang Lead Trainer dari pelbagai kampus, iaitu:
1. ADTEC JTM Kampus Shah Alam
2. ADTEC JTM Kampus Pedas
3. ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
4. JMTI
Sepanjang kursus, peserta terlibat dalam sesi pembangunan mini projek VR (Virtual Reality) di bawah inisiatif Immersive Vocational Learning Centre (IVLC).
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran dalam reka bentuk pembelajaran imersif dan pembangunan kandungan interaktif TVET yang selaras dengan keperluan industri masa kini.
Inisiatif ini akan diteruskan bagi memperkukuh keupayaan Task Force Lead Trainer IVLC dalam melatih lebih ramai tenaga pengajar JTM untuk membangunkan kandungan inovatif dan interaktif bagi pembelajaran TVET di masa hadapan.
31 Oktober 2025 |Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal Bil. 1/2025 telah dilaksanakan secara hibrid bertempat di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik Harisfazillah Bin Jamel Jawatankuasa Penasihat Teknikal dari bidang Teknologi Komputer Rangkaian (Pengerusi), Encik Nizam Bin Bahari (Teknologi CADD Senibina), Encik Mohamed Burhanudeen Bin Hyder Ali dan Ts. Mohd Azrin Bin Ibrahim (Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)).
Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan perkara-perkara yang dapat menambah baik pelaksanaan TVET di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Selain daripada itu, mesyuarat ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat lagi di antara pihak industri dan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.