Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal
31 Oktober 2025 |Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal Bil. 1/2025 telah dilaksanakan secara hibrid bertempat di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik Harisfazillah Bin Jamel Jawatankuasa Penasihat Teknikal dari bidang Teknologi Komputer Rangkaian (Pengerusi), Encik Nizam Bin Bahari (Teknologi CADD Senibina), Encik Mohamed Burhanudeen Bin Hyder Ali dan Ts. Mohd Azrin Bin Ibrahim (Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)).
Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan perkara-perkara yang dapat menambah baik pelaksanaan TVET di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Selain daripada itu, mesyuarat ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat lagi di antara pihak industri dan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.