Accessibility Tools

Mesyuarat Task Force Lead Trainer Immersive Vocational Learning Centre (IVLC)

Mesyuarat Task Force Lead Trainer Immersive Vocational Learning Centre (IVLC)

3 - 5 November 2025 | Mesyuarat Task Force Lead Trainer Immersive Vocational Learning Centre (IVLC) JTM Bil. 2/2025 telah berlangsung pada 3 November 2025, diikuti dengan Kursus Train-of-Trainer (TOT) selama tiga hari bermula 3 hingga 5 November 2025. Program ini dianjurkan oleh ADTEC JTM Kampus Shah Alam, manakala ADTEC JTM Kampus Kuala Langat menjadi tuan rumah dengan menyediakan fasiliti dan tenaga pengajar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Ts. A’yana binti Mokhtar, Timbalan Pengarah Latihan ADTEC JTM Kampus Shah Alam. Kursus TOT dikendalikan oleh Puan Sarala a/p Kanthasamy dari Kampus Kuala Langat yang merupakan salah seorang ahli Task Force Lead Trainer IVLC JTM, dengan penyertaan 9 orang Lead Trainer dari pelbagai kampus, iaitu: 1. ADTEC JTM Kampus Shah Alam 2. ADTEC JTM Kampus Pedas 3. ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 4. JMTI Sepanjang kursus, peserta terlibat dalam sesi pembangunan mini projek VR (Virtual Reality) di bawah inisiatif Immersive Vocational Learning Centre (IVLC). Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran dalam reka bentuk pembelajaran imersif dan pembangunan kandungan interaktif TVET yang selaras dengan keperluan industri masa kini. Inisiatif ini akan diteruskan bagi memperkukuh keupayaan Task Force Lead Trainer IVLC dalam melatih lebih ramai tenaga pengajar JTM untuk membangunkan kandungan inovatif dan interaktif bagi pembelajaran TVET di masa hadapan.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial