SIJIL TEKNOLOGI PERISIAN (MULTIMEDIA INTERAKTIF)
Kursus ini secara amnya menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan kepelbagaian media seperti teks, grafik, animasi, video dan audio. Penggunaan perisian penyuntingan seperti Adobe Illustrator, Photoshop, Premiere Pro dan lain-lain didedahkan kepada pelajar agar seiring dengan keperluan industri. Mereka juga mempelajari mengintegrasikan elemen multimedia ini menggunakan perisian pengarangan seperti Adobe Animate dan menghasilkan produk multimedia yang pelbagai dari fasa awal produksi sehingga fasa penerbitan multimedia. Antara produk multimedia yang dihasilkan ialah rekabentuk pengiklanan seperti poster dan baner, pelbagai jenis video seperti video iklan, video animasi dan korporat, aplikasi interaktif multimedia bagi telefon pintar dan dekstop, courseware dan lama web.
SOALAN LAZIM
- Berumur 17 hingga 35 tahun
- Tamat Tingkatan 5
- Boleh membaca, menulis dan mengira; dan Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran