Ceramah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Latihan Kebakaran
4 & 5 November 2025 | Ahli JKKP ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP). Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan daripada pegawai SHO ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Latihan Kebakaran (Fire drill) dan Pengusian Bangunan serta Taklimat Keselamatan Kebakaran oleh pasukan Bomba daripada Balai Bomba Banting. Objektif program ini adalah untuk memberikan kefahaman & kesedaran berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi jika berlakunya kebakaran. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini demi meningkatkan keselamatan & kesejahteraan kepada pegawai dan juga pelajar.