Program Jom Brisk Walk dan Hari Tanpa Karbon
29 Oktober 2025 |Sebagai suatu inisiatif ESG, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Program Jom Brisk dan Hari Tanpa Karbon yang melibatkan penyertaan penuh semua kakitangan dan pelajar. Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengurangkan pengeluaran karbon (carbon emission) dan amalan gaya hidup sihat, semua pelajar dan kakitangan mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan kaki sekitar kampus, dipimpin oleh Pengarah, Ts. Hj. Yuslan bin Yasok.
Program Jom Brisk Walk diadakan pada setiap Rabu pada jam 8.00-8.30 pagi bagi pelajar, dan jam 4.30-5.00 petang bagi kakitangan dan pengajar. Manakala, Hari Tanpa Karbon diadakan sepanjang hari setiap hari Rabu.