Accessibility Tools

Kursus Docker Fundamentals

Kursus Docker Fundamentals

5 - 8 Mei 2025 | Kursus selama 4 hari ini, telah diadakan di Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 8 orang pengajar dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Selandar. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengajar berkaitan trend penggunaan teknologi terkini dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian seperti DevOps. Selain itu kursus ini juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam modul sedia ada serta membantu dalam penyeliaan projek tahun akhir pelajar.
Kursus Integrasi AI dalam Multimedia untuk Kandungan Interaktif

Kursus Integrasi AI dalam Multimedia untuk Kandungan Interaktif

28–29 April 2025 | Kursus selama dua hari ini telah berjaya dilaksanakan di Bengkel Multimedia ADTEC JTM Kuala Langat dengan penyertaan seramai 8 orang peserta. Latihan ini dikendalikan oleh jurulatih profesional dari syarikat Mu Dot My PLT, iaitu Encik Sam Suresh, yang memberi pendedahan mendalam mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan kandungan multimedia interaktif.
 Webinar Coding Dengan AI

Webinar Coding Dengan AI

22 Nov 2024 || Webinar Coding Dengan AI Webinar bertajuk Coding Dengan AI telah berjaya dianjurkan oleh Bengkel Perisian (Pembangunan Aplikasi Web). Program ini menampilkan perkongsian yang bermakna daripada En. Khairil Iszudin bin Ismail, wakil daripada Taming Tech Sdn. Bhd, hasil kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat. Acara ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pengaturcaraan, sekaligus memperkukuhkan kefahaman mereka terhadap perkembangan teknologi terkini.
Program Taklimat Pertolongan Cemas bagi Kakitangan ILP Kuala Langat

Program Taklimat Pertolongan Cemas bagi Kakitangan ILP Kuala Langat

8 Nov 2024 | Program Taklimat Pertolongan Cemas bagi Kakitangan ILP Kuala Langat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menjemput Leftenan Muda (PA) Muhamad Ridhuan bin Rostong dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Langat untuk memberi Taklimat Pertolongan Cemas yang berlangsung selama 2 jam di Bilik Seminar 2 BPSM ILPKLS. Objektif taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan asas mengenai tindakan awal dalam situasi kecemasan. Taklimat ini juga bertujuan melatih peserta dengan kemahiran asas seperti CPR dan rawatan luka, di samping memberi keyakinan untuk bertindak cepat. Dengan taklimat ini, kita dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan responsif serta mempersiapkan bantuan awal sebelum rawatan profesional tiba.
Kursus Moodle Learning Management System (LMS)

Kursus Moodle Learning Management System (LMS)

12 - 13 September 2024 || Kursus Moodle Learning Management System (LMS) Bengkel Teknologi Perisian Multimedia Interaktif telah berjaya menganjurkan Kursus Moodle Learning Management System (LMS) di bawah Program Latihan Kemahiran (PLK). Kursus ini dikendalikan oleh En. Sam Suresh dari syarikat MU.dot.my dan disertai oleh 14 orang pegawai dari ILP Kuala Langat serta seorang pegawai dari ILP Nibong Tebal.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial