
Kursus Docker Fundamentals
5 - 8 Mei 2025 | Kursus selama 4 hari ini, telah diadakan di Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 8 orang pengajar dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Selandar. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengajar berkaitan trend penggunaan teknologi terkini dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian seperti DevOps. Selain itu kursus ini juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam modul sedia ada serta membantu dalam penyeliaan projek tahun akhir pelajar.