
Lawatan Industri ke AceTeam Networks Sdn. Bhd. dan OrenG Academy
10 Jun 2025 | Lawatan Industri ke AceTeam Networks Sdn. Bhd. dan OrenG Academy
ILP Kuala Langat yang diketuai oleh Pengarah, Ts. Dr. Muhammad telah mengadakan lawatan industri ke syarikat AceTeam Networks Sdn. Bhd. dan OrenG Academy dalam usaha memperkasakan latihan kemahiran dalam bidang keselamatan siber.
Tujuan utama lawatan adalah mendapatkan input daripada pihak industri melalui perkongsian pengalaman dan kemahiran teknikal seperti integrasi Artificial Intelligence (AI) dalam bidang keselamatan siber. Pihak industri turut berkongsi berkenaan dengan prospek kerjaya dan keperluan pakar dalam bidang memandangkan ancaman keselamatan siber dalam negara yang semakin meningkat.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada AceTeam Networks Sdn. Bhd. dan OrenG Academy di atas kesudian menerima kunjungan pihak ILP Kuala Langat. Diharapkan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat diteruskan ke arah melahirkan lebih ramai pakar keselamatan siber negara.