7 Feb 2026 | Alhamdulillah program Santai Gen Z bertajuk "HATI INI MILIK SIAPA" telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dimana program ini dikendalikan sepenuhnya oleh beberapa wakil pelajar dengan kerjasama pihak Pengurusan dan Surau Ar-Rahman.
Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman agama, membina jati diri serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan generasi muda khususnya melalui pendekatan yang santai dan berkesan.
Semoga perkongsian ilmu dan nasihat yang disampaikan oleh para panel jemputan dapat dimanfaatkan dan diamalkan khususnya kepada para pelajar dalam menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 80
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 377
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41

6 Februari 2026 | Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari ini warga ADTEC Kuala Langat merakamkan jutaan terima kasih buat Encik Izharahim bin Ibrahim atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang hampir 22 tahun sebagai Pustakawan kami.
Bukan sekadar mengurus buku dan ilmu, tetapi turut membentuk suasana kerja yang tenang, mesra dan penuh nilai murni. Segala tunjuk ajar, kesabaran dan keikhlasan Encik akan terus hidup dalam kenangan kami.
Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.
Terima kasih atas segalanya, Encik Izharahim. Jasamu akan sentiasa dikenang.
14 November 2025 | Alhamdulillah, Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi bulan November 2025 yang dianjurkan oleh Bengkel CADD Senibina telah berlangsung dengan jayanya.
Perhimpunan ini menjadi platform penting bagi Tuan Pengarah, Ts. Hj. Yuslan Bin Yasok, untuk menyampaikan hala tuju, amanat serta penghargaan atas komitmen cemerlang seluruh warga kerja. Majlis turut disempurnakan dengan perkongsian bermanfaat oleh Ts. Syamsul Nizam, selaku Pengerusi JKKP Institut, berkaitan taklimat keselamatan dan kesihatan pekerja.
Majlis kali ini juga diserikan dengan acara perpisahan dua orang warga kerja yang akan berpindah ke tempat baharu, iaitu Pn. Rashidatul Rashidah Binti Abdul Rashid (PP Unit CESS) dan Pn. Aminah Binti Juperi (Pengajar Bengkel TKR).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di ILP Kuala Langat. Semoga kedua-duanya terus diberkati, mencapai kecemerlangan dan dipermudahkan urusan di tempat tugas yang baharu. Hubungan silaturahim yang terjalin tetap akan kekal erat.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis.
Terus Maju, Terus Cemerlang!
7 & 9 November 2025 | Pasukan gabungan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan CIAST telah berjaya melaksanakan tugasan MCP (Multi-Camera Production) serta Live Streaming rasmi bagi dua acara utama KESUMA 2025 — Majlis Perasmian SPARK25 dan Majlis Penutupan SPARK25.
Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja teknikal atas dedikasi, kerjasama, dan profesionalisme yang telah ditunjukkan sepanjang acara berlangsung!
14.11.2025 | Alhamdulillah, Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi bulan November 2025 yang dianjurkan oleh Bengkel CADD Senibina telah berlangsung dengan jayanya.