Majlis Jasamu Dikenang
6 Februari 2026 | Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari ini warga ADTEC Kuala Langat merakamkan jutaan terima kasih buat Encik Izharahim bin Ibrahim atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang hampir 22 tahun sebagai Pustakawan kami.
Bukan sekadar mengurus buku dan ilmu, tetapi turut membentuk suasana kerja yang tenang, mesra dan penuh nilai murni. Segala tunjuk ajar, kesabaran dan keikhlasan Encik akan terus hidup dalam kenangan kami.
Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.
Terima kasih atas segalanya, Encik Izharahim. Jasamu akan sentiasa dikenang.