Accessibility Tools

Perhimpunan Bulanan November 2025 & Majlis Perpisahan

Perhimpunan Bulanan November 2025 & Majlis Perpisahan

14 November 2025 | Alhamdulillah, Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi bulan November 2025 yang dianjurkan oleh Bengkel CADD Senibina telah berlangsung dengan jayanya. Perhimpunan ini menjadi platform penting bagi Tuan Pengarah, Ts. Hj. Yuslan Bin Yasok, untuk menyampaikan hala tuju, amanat serta penghargaan atas komitmen cemerlang seluruh warga kerja. Majlis turut disempurnakan dengan perkongsian bermanfaat oleh Ts. Syamsul Nizam, selaku Pengerusi JKKP Institut, berkaitan taklimat keselamatan dan kesihatan pekerja. Majlis kali ini juga diserikan dengan acara perpisahan dua orang warga kerja yang akan berpindah ke tempat baharu, iaitu Pn. Rashidatul Rashidah Binti Abdul Rashid (PP Unit CESS) dan Pn. Aminah Binti Juperi (Pengajar Bengkel TKR). Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di ILP Kuala Langat. Semoga kedua-duanya terus diberkati, mencapai kecemerlangan dan dipermudahkan urusan di tempat tugas yang baharu. Hubungan silaturahim yang terjalin tetap akan kekal erat. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis. Terus Maju, Terus Cemerlang!

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial