Perhimpunan Bulanan Staff & Bacaan Yassin
26 September 2025 || Telah berlangsung pada hari ini, Perhimpunan Bulanan Staf bagi bulan September bertempat di Bilik Seminar 1, Pusat Sumber. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Hj. Mashaizal, diikuti dengan tahlil ringkas serta tazkirah ringkas yang turut disampaikan oleh beliau. Seterusnya, sarapan pagi diadakan secara potluck dengan sumbangan daripada setiap unit dan bengkel.
Majlis kemudian diteruskan dengan sesi perhimpunan bulanan staf yang merangkumi taklimat team building daripada Pn. Fatin (EO), Pengumuman oleh Pengerusi Kelab Kakitangan, En. Shafiq, serta ucapan aluan daripada Tuan Pengarah.
Turut diadakan penyampaian sumbangan wang kepada ahli keluarga staf yang telah kembali ke rahmatullah sebagai tanda ingatan dan simpati warga kerja.