22-24 Ogos 2025 || Dengan penuh rasa bangga dan syukur, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Khairul Anuar bin Hasan, pengajar pengiring, bersama dua pelajar Diploma Teknologi Perisian Multimedia Interaktif iaitu Syahrul Farhan dan Asyraf Daniel atas kejayaan cemerlang menjuarai Pertandingan Drone TVET Madani 2025.
Pertandingan ini telah menghimpunkan 16 pasukan kategori terbuka dan 16 pasukan kategori sekolah menengah. Setiap pasukan terdiri daripada 3 ahli โ seorang pilot, seorang VO, dan seorang pengurus. Pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan, dengan 2 pasukan terbaik setiap kumpulan mara ke suku akhir, seterusnya separuh akhir, sebelum melangkah ke peringkat akhir.
Di pentas akhir, Team ADTEC JTM Kampus Kuala Langat berjaya menewaskan pasukan IPGKGT sekali gus dinobatkan sebagai JUARA.
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin tinggi, serta kerjasama erat sepanjang pertandingan. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan individu yang terlibat, malah turut mencerminkan kecemerlangan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dalam bidang teknologi dan kemahiran TVET.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan serta inspirasi buat generasi akan datang dalam dunia teknologi drone dan inovasi.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada En. Khairul Anuar bin Hasan, Syahrul Farhan dan Asyraf Daniel.

13 Nov 2024 | Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2024
Tahniah di atas pencapaian cemerlang dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) & Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2024 yang telah berlangsung di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
Adalah menjadi kebanggaan kami untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pemenang Pingat Perak, Ahmad Irfan Afif bin Jasni Termizi dan Penerima Sijil Kecemerlangan, Muhammad Husnul Haaziq bin Mohd Hashim dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2024, bidang Digital Construction dari Bengkel Teknologi CADD Senibina, ILP Kuala Langat.
Kejayaan ini adalah hasil daripada bimbingan penuh dedikasi oleh Penyelaras Pertandingan, Encik Syamsul Nizam bin Mohamad, serta Jurulatih, Encik Mohd Zulkarnain bin Sairan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ke atas segala usaha dan komitmen yang telah dicurahkan.
Dalam bidang Digital Construction ini menyaksikan penyertaan seramai 30 orang peserta daripada 11 institusi, membuktikan ketangkasan dan kecekapan belia Malaysia dalam bidang kemahiran yang terus berkembang pesat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran.

26 - 29 September 2024 | Pertandingan Inovasi sempena Ekspo TVET@KKDW 2024.
Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILPKLS menyertai Pertandingan Inovasi yang telah berlangsung di dewan MITC Melaka. Projek yang bertajuk Security Key Box telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ini dan telah disertai oleh Pn. Aminah binti Jaferi, saudara Muhammad Abdullah bin Mohd Faizal dan saudara Shahril Aiman bin Abdullah Lam.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Peserta WSMB Peringkat Pra Kalayakan dalam bidang IT Network System Administration Tahun 2024 dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat.
Terima kasih tak terhingga juga kepada Jurulatih En. Mohd Rahim bin Mohd Amin dan Penyelaras pertandingan bagi bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat iaitu Pn. NurulAfiza binti Ramli dan tak lupa juga ketua Ketua Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian Pn. Maisarah binti Mansor Sanusi kerana telah banyak membantu dan memberi sumbangan kepada semua pelajar - pelajar yang terlibat.
Nama Pelajar:
1) Muhammad Zuhairi bin Hazeri
2) Zarull Aisy bin Mohd Faizul
3) Muhammad Shah daniel Bin Mohd Azmi
4) Muhammad Mikael Redzuan Bin Abdullah
5) Shahril Aiman Bin Abdul Lam
Tarikh: 15 Mei 2024
Tempat bertanding: UTEM Melaka.
Semoga Beroleh Kejayaan Yang Cemerlang

23 November 2023 || ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข (๐๐๐๐๐) & ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐จ๐ค๐จ๐ก ๐๐๐ก๐ข๐ซ (๐๐๐) ๐๐๐๐.
ย
Tahniah diucapkan kepada finalis ILP Kuala Langat yang berjaya sehingga ke Peringkat Akhir Pertandingan World Skills Malaysia Belia Tahun 2023.
Keputusan pertandingan bagi finalis ILP Kuala Langat:
ย
1) ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ด๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐ผ๐ป๐๐๐ฟ๐๐ฐ๐๐ถ๐ผ๐ป (๐บ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐น๐ฒ๐ต๐ถ ๐ฆ๐ถ๐ท๐ถ๐น ๐๐ฒ๐ฐ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป)
- Ahmad Irfan Afif bin Jasni Termizi
- Muhamad Husnul Haaziq bin Mohd Hashim
- Muhammad Ariff Hafiz bin Abdul Rahim
ย
2) ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ง ๐ก๐ฒ๐๐๐ผ๐ฟ๐ธ ๐ฆ๐๐๐๐ฒ๐บ ๐๐ฑ๐บ๐ถ๐ป๐ถ๐๐๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป (๐บ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฆ๐ถ๐ท๐ถ๐น ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ฎ๐ป)
- Eqmal Ezad bin Azuddin
- Zarull Aisy bin Mohd Faizul
- Muhammad Zuhairi bin Hazeri
ย
3) ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐ช๐ฒ๐ฏ ๐ง๐ฒ๐ฐ๐ต๐ป๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ๐ฒ๐ (๐บ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฆ๐ถ๐ท๐ถ๐น ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ฎ๐ป)
- Muhammad Alif Daniel bin Mohd Hairul Hezzelin
- Final Boothcamp WSMB Bidang Digital Construction
- Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) peringkat akhir
- Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) peringkat akhir (2)
- Peringkat akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2023 bagi bidang ๐ฟ๐๐๐๐ฉ๐๐ก ๐พ๐ค๐ฃ๐จ๐ฉ๐ง๐ช๐๐ฉ๐๐ค