Accessibility Tools

Kampus Kuala Langat JUARA Pertandingan Drone TVET Madani 2025

Kampus Kuala Langat JUARA Pertandingan Drone TVET Madani 2025

22-24 Ogos 2025 || Dengan penuh rasa bangga dan syukur, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Khairul Anuar bin Hasan, pengajar pengiring, bersama dua pelajar Diploma Teknologi Perisian Multimedia Interaktif iaitu Syahrul Farhan dan Asyraf Daniel atas kejayaan cemerlang menjuarai Pertandingan Drone TVET Madani 2025. Pertandingan ini telah menghimpunkan 16 pasukan kategori terbuka dan 16 pasukan kategori sekolah menengah. Setiap pasukan terdiri daripada 3 ahli – seorang pilot, seorang VO, dan seorang pengurus. Pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan, dengan 2 pasukan terbaik setiap kumpulan mara ke suku akhir, seterusnya separuh akhir, sebelum melangkah ke peringkat akhir. Di pentas akhir, Team ADTEC JTM Kampus Kuala Langat berjaya menewaskan pasukan IPGKGT sekali gus dinobatkan sebagai JUARA. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin tinggi, serta kerjasama erat sepanjang pertandingan. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan individu yang terlibat, malah turut mencerminkan kecemerlangan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dalam bidang teknologi dan kemahiran TVET. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan serta inspirasi buat generasi akan datang dalam dunia teknologi drone dan inovasi. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada En. Khairul Anuar bin Hasan, Syahrul Farhan dan Asyraf Daniel.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial