
Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2024
13 Nov 2024 | Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2024
Tahniah di atas pencapaian cemerlang dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) & Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2024 yang telah berlangsung di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
Adalah menjadi kebanggaan kami untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pemenang Pingat Perak, Ahmad Irfan Afif bin Jasni Termizi dan Penerima Sijil Kecemerlangan, Muhammad Husnul Haaziq bin Mohd Hashim dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2024, bidang Digital Construction dari Bengkel Teknologi CADD Senibina, ILP Kuala Langat.
Kejayaan ini adalah hasil daripada bimbingan penuh dedikasi oleh Penyelaras Pertandingan, Encik Syamsul Nizam bin Mohamad, serta Jurulatih, Encik Mohd Zulkarnain bin Sairan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ke atas segala usaha dan komitmen yang telah dicurahkan.
Dalam bidang Digital Construction ini menyaksikan penyertaan seramai 30 orang peserta daripada 11 institusi, membuktikan ketangkasan dan kecekapan belia Malaysia dalam bidang kemahiran yang terus berkembang pesat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran.