31 Oktober 2025 | Pihak Ezidea Solutions Sdn Bhd telah melakukan kunjungan balas ke ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Wakil daripada Ezidea Solutions Sdn. Bhd yang telah hadir semasa sesi kunjungan balas tersebut ialah Encik Harisfazillah Bin Jamel (Chief Operation Officer) dan En. Mohammad Hadi Farhan Bin Mohd Arshad (Open Source Software Consultant).
Lawatan ini bertujuan bagi mengenal pasti infrastruktur atau apa jua perkara yang diperlukan bagi tujuan penambahbaikan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di Makmal Security Operations Centre (SOC) ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Hasil daripada kunjungan balas tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam bentuk Memorandum of Collaboration (MoC). Diharapkan kerjasama ini dapat direalisasikan dalam menambah baik pelaksanaan TVET di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan seterusnya dapat menghasilkan tenaga kerja yang memenuhi kehendak industri pada masa yang akan datang.
28 Oktober 2025 | Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan satu sesi lawatan industri ke Ezidea Solutions Sdn Bhd. Sesi lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat iaitu Ts. Yuslan bin Yasok. Ianya turut disertai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi dan juga Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan.
Sesi lawatan ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan kerjasama industri yang boleh dijalankan antara pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Ezidea Solutions Sdn. Bhd. Pihak Ezidea Solutions Sdn. Bhd telah memberikan khidmat nasihat berkenaan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di makmal Security Operations Centre (SOC) ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Hasil daripada lawatan ini, pihak Ezidea Solutions Sdn. Bhd berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat lagi dengan pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
5 Jun 2025 | Kunjungan Hormat ILP Kuala Langat ke Yayasan Peneraju
Pada 5 Jun 2025, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh wakil ILP Kuala Langat ke pejabat Yayasan Peneraju bertempat di Menara UEM, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk menjalin hubungan strategik serta meneroka peluang kolaborasi yang dapat memberi manfaat kepada ILP Kuala Langat khususnya dalam aspek pembangunan bakat dan peningkatan kemahiran.
Delegasi ILP Kuala Langat yang diketuai oleh Puan Rashidatul Rashidah turut disertai oleh Puan Emilia Omar dan En. Mohd Amirul Syafiq. Pihak Yayasan Peneraju pula diwakili oleh Puan Zakiah dan pasukan, yang telah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan potensi kolaborasi dalam pelaksanaan program-program penajaan, latihan kemahiran dan peningkatan kredensial bagi pelajar TVET, selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Yayasan Peneraju atas kesudian menerima kunjungan ini dan berkongsi peluang yang sangat bermakna. Diharapkan jalinan strategik ini akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada ekosistem pendidikan dan latihan TVET negara.
27 Mei 2025 |Pada 27 Mei telah berlangsung satu sesi perbincangan di atas talian antara TalentCorp dan ILP Kuala Langat bagi memperkenalkan inisiatif MyNext, sebuah platform strategik yang dibangunkan untuk menyokong pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran graduan.
Dalam sesi ini, TalentCorp telah berkongsi tentang fungsi utama MyNext dalam membantu pelajar mengenal pasti potensi, kemahiran, dan laluan kerjaya yang sesuai melalui penilaian kendiri serta akses kepada pelbagai peluang pembangunan. Perbincangan juga turut menjurus kepada potensi kerjasama masa depan antara TalentCorp dan ILP Kuala Langat dalam menganjurkan program-program pembangunan pelajar yang bersifat holistik dan bersasar.
Usaha ini adalah langkah awal ke arah memperkasa pelajar ILP Kuala Langat bukan sahaja dengan kemahiran teknikal, tetapi juga dengan sokongan kerjaya yang lebih menyeluruh dan berdaya saing di pasaran kerja semasa.
Terima kasih kepada pihak TalentCorp atas kesudian berkongsi inisiatif yang bermanfaat ini. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada pembangunan pelajar TVET.
21 Mei 2025 | Pada petang ini pihak ILP Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama rakan - rakan industri iaitu Tatacara Sdn Bhd, Canon (Malaysia) Sdn. Bhd., Bigstar Optoelectronic (M) Sdn Bhd., HP Sdn. Bhd, H3C Malaysia, dan Teleplex Solutions Sdn. Bhd. untuk kerjasama seminar Technology Update.
Perjumpaan ini merupakan perbincangan awal bagi penganjuran bersama seminar teknologi update antara ILP Kuala Langat dengan rakan - rakan industri yang dirancangkan pada bulan Julai yang akan datang.
Terima kasih kepada Tatacara Sdn Bhd, Canon (Malaysia) Sdn. Bhd., Bigstar Optoelectronic (M) Sdn Bhd., HP Sdn. Bhd, H3C Malaysia, dan Teleplex Solutions Sdn. Bhd. atas kunjungan ke ILP Kuala Langat. Semoga kerjasama yang dibincangkan dapat dilaksanakan dan bermanfaat untuk kesemua pihak.
- Perbincangan Kerjasama Antara ILP Kuala Langat bersama The Cade & Co Photography Studio
- Perbincangan Minggu Keselamatan Siber ILPKLS x JomLaunch
- Perbincangan Atas Talian Antara ILP Kuala Langat dengan Institut Modern Arsitektur dan Teknologi (iMAT), Medan, Indonesia.
- Mesyuarat Kerjasama ILP Kuala Langat Dengan Malaysia Engineering Inspector and Supervisor Association (MEInSA)