Lawatan Industri Ezidea Solutions Sdn. Bhd
28 Oktober 2025 | Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan satu sesi lawatan industri ke Ezidea Solutions Sdn Bhd. Sesi lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat iaitu Ts. Yuslan bin Yasok. Ianya turut disertai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi dan juga Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan.
Sesi lawatan ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan kerjasama industri yang boleh dijalankan antara pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Ezidea Solutions Sdn. Bhd. Pihak Ezidea Solutions Sdn. Bhd telah memberikan khidmat nasihat berkenaan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di makmal Security Operations Centre (SOC) ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Hasil daripada lawatan ini, pihak Ezidea Solutions Sdn. Bhd berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat lagi dengan pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.