
Kunjungan Hormat ILP Kuala Langat ke Yayasan Peneraju
5 Jun 2025 | Kunjungan Hormat ILP Kuala Langat ke Yayasan Peneraju
Pada 5 Jun 2025, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh wakil ILP Kuala Langat ke pejabat Yayasan Peneraju bertempat di Menara UEM, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk menjalin hubungan strategik serta meneroka peluang kolaborasi yang dapat memberi manfaat kepada ILP Kuala Langat khususnya dalam aspek pembangunan bakat dan peningkatan kemahiran.
Delegasi ILP Kuala Langat yang diketuai oleh Puan Rashidatul Rashidah turut disertai oleh Puan Emilia Omar dan En. Mohd Amirul Syafiq. Pihak Yayasan Peneraju pula diwakili oleh Puan Zakiah dan pasukan, yang telah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan potensi kolaborasi dalam pelaksanaan program-program penajaan, latihan kemahiran dan peningkatan kredensial bagi pelajar TVET, selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Yayasan Peneraju atas kesudian menerima kunjungan ini dan berkongsi peluang yang sangat bermakna. Diharapkan jalinan strategik ini akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada ekosistem pendidikan dan latihan TVET negara.