Kunjungan Ezidea Solutions Sdn. Bhd
31 Oktober 2025 | Pihak Ezidea Solutions Sdn Bhd telah melakukan kunjungan balas ke ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Wakil daripada Ezidea Solutions Sdn. Bhd yang telah hadir semasa sesi kunjungan balas tersebut ialah Encik Harisfazillah Bin Jamel (Chief Operation Officer) dan En. Mohammad Hadi Farhan Bin Mohd Arshad (Open Source Software Consultant).
Lawatan ini bertujuan bagi mengenal pasti infrastruktur atau apa jua perkara yang diperlukan bagi tujuan penambahbaikan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di Makmal Security Operations Centre (SOC) ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Hasil daripada kunjungan balas tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam bentuk Memorandum of Collaboration (MoC). Diharapkan kerjasama ini dapat direalisasikan dalam menambah baik pelaksanaan TVET di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan seterusnya dapat menghasilkan tenaga kerja yang memenuhi kehendak industri pada masa yang akan datang.