Accessibility Tools

Program "Inspirasi MPP Wilayah Tengah: Dari Pelajar ke Pelajar"

Program "Inspirasi MPP Wilayah Tengah: Dari Pelajar ke Pelajar"

7-8 OKTOBER 2025 | Program “Inspirasi MPP Wilayah Tengah: Dari Pelajar ke Pelajar” telah berlangsung dengan jayanya pada 7 dan 8 Oktober 2025 bertempat di ADTEC JTM Kampus Shah Alam. Program selama dua hari ini menyasarkan seramai 50 orang Majlis Perwakilan Pelajar dari 5 buah ADTEC JTM Wilayah Tengah sebagai peserta, serta bertujuan untuk memperkukuh kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan MPP. Antara pengisian utama dalam program ini ialah sesi ‘ice breaking’ yang menggalakkan interaksi awal dalam kalangan MPP, slot bersama KOMAS untuk perkongsian motivasi, serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bertema kepimpinan seperti “The Great Leader”, “Pemimpin & Tindakan” serta “Refleksi Kepimpinan”. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha sebagai Perasmi Majlis Penutup Program “Inspirasi MPP Wilayah Tengah: Dari Pelajar ke Pelajar”. Kehadiran beliau memberi suntikan semangat dan penghargaan kepada usaha bersama dalam melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang dinamik serta mampu memacu pencapaian pelajar ADTEC JTM Wilayah Tengah khususnya. Program seperti ini adalah selari dengan usaha Jabatan Tenaga Manusia dalam menyediakan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran tetapi juga mampu memimpin komuniti serta menyumbang kepada pembangunan sektor industri negara.
Pentas Jiwa Merdeka

Pentas Jiwa Merdeka

10 September 2025 | Telah berlangsung dengan jayanya acara Pentas Jiwa Merdeka yang melibatkan semua pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Acara ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Beberapa acara telah dipertandingan seperti Teater Kemerdekaan, Nyanyian Patriotik dan Tarian Tradisional. Setiap bengkel telah membuat persembahan yang begitu menarik dan berjiwa patriotik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dan penonton yang telah memberikan sokongan padu. Melalui penganjuran acara ini secara tidak langsung menggalakkan pelajar meningkatkan kesedaran tentang sejarah dan nilai kemerdekaan negara. Ini dapat memupuk rasa cintakan negara dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Program Asean Green Skills Fair 2025

Program Asean Green Skills Fair 2025

28 Ogos 2025 | Seramai 4 orang pengajar pengiring dan 40 orang pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah hadir menyertai ASEAN Green Skills Fair 2025 yang berlangsung di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya. Program anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) ini diadakan selama 3 hari bermula 28 hingga 30 Ogos 2025. Melalui program ini, mereka berpeluang mengikuti sesi pembentangan, bengkel interaktif, dan demonstrasi teknologi hijau terkini. Ini adalah pengalaman signifikan untuk membina kemahiran dan pengetahuan berkaitan teknologi hijau yang penting bagi menjamin masa depan yang lestari.
Sesi Taklimat “Introduction to GIFT: Unlocking The Potential of Malaysian Technical Talent” bersama Khazanah Nasional Berhad (KNB)

Sesi Taklimat “Introduction to GIFT: Unlocking The Potential of Malaysian Technical Talent” bersama Khazanah Nasional Berhad (KNB)

21 Ogos 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menerima kunjungan daripada pihak Khazanah Nasional Berhad (KNB) dan Malaysian Technical Development Corporation (MTDC) bagi menjayakan sesi taklimat “Introduction to GIFT: Unlocking The Potential of Malaysian Technical Talent”. Taklimat yang disampaikan oleh En. Husin (KNB) dan dibantu oleh Pn. Ain (MTDC) telah dihadiri oleh 35 orang pelajar yang terpilih untuk menyertai program GIFT yang dijangka dilaksanakan pada bulan September akan datang. Sesi taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai program GIFT (Global Initiative for Future Talent) yang bertujuan untuk menyerlahkan potensi bakat teknikal di Malaysia, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran serta pendapatan di kalangan graduan TVET. Sesi ini diakhiri dengan pendaftaran para pelajar ke dalam program tersebut. Semoga pelaksanaan program ini nanti memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya para pelajar dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan graduan TVET berkemahiran tinggi yang sedia bersaing di peringkat global.
Majlis Penganugerahan Sijil Graduan Program Basis Bay Data Centre Foundation Certificate (DCFC)

Majlis Penganugerahan Sijil Graduan Program Basis Bay Data Centre Foundation Certificate (DCFC)

12 Ogos 2025 | Majlis Penganugerahan Sijil Graduan Program Basis Bay Data Centre Foundation Certificate (DCFC) yang telah diadakan pada petang tadi di premis Basis Bay, Glenmarie dihadiri oleh delegasi ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Ts. Yuslan bin Yasok, 2 orang pegawai pengiring serta 4 orang pelajar. Pada bulan Mei yang lalu, 4 orang pelajar dari bahagian Teknologi Komputer Rangkaian bersama-sama 16 orang lagi pelajar dari Kolej MySkills Campus telah dipilih untuk menyertai kursus asasi Data Centre Foundation Certificate (DCFC) Programme yang berlangsung selama 10 hari di syarikat Basis Bay dan Universiti Malaya (UM). Selesai kursus, para pelajar tersebut telah menduduki peperiksaan dan seramai 8 orang telah berjaya lulus dengan cemerlang, termasuk 4 orang pelajar dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Keseluruhan kursus dan peperiksaan tersebut ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat Basis Bay. Susulan itu, majlis yang berlangsung sebentar tadi adalah bagi menganugerahkan sijil Basis Bay Data Centre Foundation Certificate (DCFC) kepada para pelajar yang berjaya lulus peperiksaan tersebut. Tahniah diucapkan kepada para pelajar terlibat yang telah berjaya lulus dengan cemerlang di samping mengangkat imej institut di kalangan pemain industri. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat Basis Bay di atas peluang serta pendedahan latihan yang diberikan kepada para pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan dan diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang memanfaatkan kedua-dua pihak di masa akan datang.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial