Aktiviti Futsal Bersama Alumni ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
4 Jun 2026 | Alumni ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan perlawanan persahabatan futsal bersama IKSN Kuala Langat yang melibatkan pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Program yang berlangsung pada malam tadi diadakan di IKSN Kuala Langat. Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan alumni serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi serta ukhuwah antara alumni dan pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.