Program Bacaan Yasin Perdana & Taklimat Berkaitan Wakaf
5 Jun 2026 | Program Bacaan Yasin Perdana Sempena Minggu Peperiksaan Akhir Semester Sesi 1/2026 & Taklimat Berkaitan Wakaf
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Program Bacaan Yasin Perdana sempena Minggu Peperiksaan Akhir Semester Sesi 1/2026 serta Sesi Taklimat Berkaitan Wakaf.
Program yang berlangsung pada pagi tadi di Surau Ar-Rahman, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah dihadiri oleh Pengarah, Ts. Yuslan bin Yasok, barisan pengurusan, serta semua kakitangan dan pelajar Islam.
Program ini diadakan bagi memohon keberkatan dan kelancaran buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada minggu hadapan, di samping memberikan pendedahan serta kefahaman yang lebih mendalam mengenai amalan institusi wakaf kepada seluruh warga kampus.
Semoga program kerohanian dan perkongsian ilmu ini memberi manfaat, ketenangan, serta impak yang positif kepada seluruh warga kampus, terutamanya dalam memupuk nilai-nilai murni.