Accessibility Tools


Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 80

Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 377

Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41

Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
Festival Belia @ Hari Belia Peringkat Negeri Selangor

Festival Belia @ Hari Belia Peringkat Negeri Selangor

13 - 14 Jun 2026 | ADTEC JTM kampus Kuala Langat telah menyertai pemeran sempena Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Peringkat Negeri Selangor yang telah Berlangsung Di Kolej Matrikulasi Banting. Karnival yang berlangsung selama dua hari ini mempamirkan pelbagai aktiviti dari pelbagai agensi sama ada kerajaan atau swasta bagi kaum belia. Kehadiran pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah membantu memeriahkan lagi karnival yang di rasmikan leh EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan negeri Selangor Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi.
Karnival Pendidikan SUKSES 3.0

Karnival Pendidikan SUKSES 3.0

12 June 2026 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan ADTEC JTM Kampus Shah Alam telah menyertai Karnival Pendidikan SUKSES 3.0 yang berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2026 bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Program anjuran Majlis Guru Kaunseling Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada murid-murid sekolah, ibu bapa, serta warga pendidik di sekitar Putrajaya. Penyertaan ini merupakan platform strategik bagi mempromosikan peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET yang ditawarkan oleh ADTEC-JTM kepada bakal pelajar. Melalui sesi perkongsian maklumat dan interaksi bersama pengunjung, ADTEC menzahirkan komitmen berterusan dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing selaras dengan keperluan industri negara. Pihak pengurusan ADTEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pengunjung yang telah meluangkan masa hadir ke reruai ADTEC. Sambutan yang diterima mencerminkan peningkatan minat yang ketara terhadap pendidikan dan latihan TVET sebagai laluan kerjaya masa hadapan yang progresif.
Hari Terbuka Putrajaya 2026

Hari Terbuka Putrajaya 2026

29 Januari - 1 Februari 2026 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah terlibat dalam pameran sebagai pempamer sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026. Program yang berlangsung sepanjang hari bermula jam 8.00 pagi telah dihadiri oleh wakil kampus iaitu Puan Norhaslinda binti Ahmad dan Puan Suerianni binti Mohd Salleh. Penyertaan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada orang awam mengenai program-program TVET yang ditawarkan serta mempromosikan kemudahan latihan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat khususnya kepada pengunjung di Dataran Putrajaya dan Kompleks Perbadanan Putrajaya. Semoga penglibatan ini memberi manfaat dalam menyebarluaskan maklumat pendidikan kemahiran dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan agenda kemahiran negara.

Program Xplorasi TVET Madani@PBS 2025

11 November 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menyertai Program Xplorasi TVET Madani@PBS 2025 anjuran Politeknik Banting Selangor. Seramai 2 pegawai pengiring dan 46 pelajar telah menyertai program ini. Antara objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan bidang TVET kepada komuniti setempat disamping mengadakan pameran, demonstrasi STEM serta pertandingan inovasi dan keusahawanan. Adalah diharapkan program sebegini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir negara.
Pameran Festival Idea Putrajaya 2025

Pameran Festival Idea Putrajaya 2025

4-6 November 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengambil bahagian sebagai pempamer dalam Festival Idea Putrajaya 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Diwakili oleh empat pegawai dan empat pelajar, ADTEC JTM membawakan projek teknologi realiti tambahan dan realiti maya (AR/VR) yang mempromosikan bidang kemahiran multimedia. Penyertaan ini bukan sahaja menonjolkan inovasi dan produk yang dihasilkan, tetapi turut menarik minat belia dan pihak industri kepada program-program kemahiran yang ditawarkan oleh ADTEC JTM. Selain mempromosikan bidang kemahiran, penyertaan dalam festival ini juga membuka jaringan kerjasama yang erat dengan agensi kerajaan, industri, dan institusi pendidikan tinggi lain. Ia selari dengan misi kerajaan dalam membangunkan modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi serta menjadikan ADTEC JTM pusat latihan kemahiran unggul yang relevan dengan kehendak industri dan ekonomi digital masa kini. Secara keseluruhan, penyertaan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dalam Festival Idea Putrajaya 2025 bukan sahaja meningkatkan profil institusi, malah menjadi platform strategik untuk mempamerkan kecemerlangan dan inovasi dalam bidang kemahiran teknologi digital di peringkat nasional.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial