Karnival Pendidikan SUKSES 3.0
12 June 2026 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan ADTEC JTM Kampus Shah Alam telah menyertai Karnival Pendidikan SUKSES 3.0 yang berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2026 bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Program anjuran Majlis Guru Kaunseling Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada murid-murid sekolah, ibu bapa, serta warga pendidik di sekitar Putrajaya.
Penyertaan ini merupakan platform strategik bagi mempromosikan peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET yang ditawarkan oleh ADTEC-JTM kepada bakal pelajar. Melalui sesi perkongsian maklumat dan interaksi bersama pengunjung, ADTEC menzahirkan komitmen berterusan dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing selaras dengan keperluan industri negara.
Pihak pengurusan ADTEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pengunjung yang telah meluangkan masa hadir ke reruai ADTEC. Sambutan yang diterima mencerminkan peningkatan minat yang ketara terhadap pendidikan dan latihan TVET sebagai laluan kerjaya masa hadapan yang progresif.