Pameran Festival Idea Putrajaya 2025
4-6 November 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengambil bahagian sebagai pempamer dalam Festival Idea Putrajaya 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Diwakili oleh empat pegawai dan empat pelajar, ADTEC JTM membawakan projek teknologi realiti tambahan dan realiti maya (AR/VR) yang mempromosikan bidang kemahiran multimedia.
Penyertaan ini bukan sahaja menonjolkan inovasi dan produk yang dihasilkan, tetapi turut menarik minat belia dan pihak industri kepada program-program kemahiran yang ditawarkan oleh ADTEC JTM. Selain mempromosikan bidang kemahiran, penyertaan dalam festival ini juga membuka jaringan kerjasama yang erat dengan agensi kerajaan, industri, dan institusi pendidikan tinggi lain. Ia selari dengan misi kerajaan dalam membangunkan modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi serta menjadikan ADTEC JTM pusat latihan kemahiran unggul yang relevan dengan kehendak industri dan ekonomi digital masa kini.
Secara keseluruhan, penyertaan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dalam Festival Idea Putrajaya 2025 bukan sahaja meningkatkan profil institusi, malah menjadi platform strategik untuk mempamerkan kecemerlangan dan inovasi dalam bidang kemahiran teknologi digital di peringkat nasional.