29 & 30 Oktober 2025 | Seramai 33 orang pelajar dari kelas 2 Inovatif, Sekolah Kebangsaan Sri Langat (SK Sri Langat), Banting, Selangor telah menyertai KJP - Kursus Asas Microsoft Word & Powerpoint, anjuran ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Program ini telah diadakan di makmal komputer Pusat Sumber.
Program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan kemahiran asas dalam penggunaan perisian Microsoft Word dan Powerpoint, khusus untuk pelajar sekolah rendah.
Kursus ini memberi fokus kepada pengenalan asas peralatan komputer serta modul teori dan amali berpandu. Para pelajar dibimbing untuk mempraktikkan kemahiran asas menaip, memformat teks, dan membina slaid persembahan yang ringkas.
Selain tenaga pengajar ADTEC Kuala Langat, guru-guru pengiring dari SK Sri Langat turut terlibat membantu dalam penyeliaan dan bimbingan peserta sepanjang program bagi memastikan setiap pelajar mendapat tunjuk ajar yang secukupnya.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha pendedahan awal TVET kepada komuniti setempat, bagi memupuk minat terhadap teknologi dan kemahiran digital sejak di bangku sekolah lagi.
Semoga pendedahan dan kemahiran asas yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar SK Sri Langat dan menyemarakkan lagi minat mereka terhadap bidang teknologi, sejajar dengan matlamat melahirkan generasi celik IT.
24.02.2025 | Apple Content Creator Course Series: iOS App Ideation & Prototyping, dan Perjumpaan Kerjasama Strategik ILP Kuala Langat & Selangor Training Development Centre (STDCx), bermula dari 14 hingga 24 Februari 2025.
Program ini diketuai oleh Ts. Dr. Muhammad bin Yusof dan melibatkan pelajar semester 4 Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) (TPP) ILP Kuala Langat.
Sebelum perjumpaan kerjasama strategik ILP Kuala Langat dan STDCx, para pelajar telah terlibat dengan program Apple Content Creator Course Series: iOS App Ideation & Prototyping selama 3 hari bersama dua guru pengiring, Tuan Sheikh Ezamuddin dan En. Shukri.
Objektif program :
1. Memberi pendedahan kepada pelajar ILP Kuala Langat dengan latihan pengkodan Swift
2. Membincangkan kerjasama antara ILP Kuala Langat dan STDCx
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat jangka panjang dalam membina hubungan erat antara kedua-dua institusi.