Kursus Cyber Security Essential and Certified Network Defender (CND)
21 November 2025 | Kursus Cyber Security Essential and Certified Network Defender (CND) bersama Jabatan Laut Malaysia
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah berjaya menganjurkan Kursus Jangka Pendek (KJP) bertajuk “Cyber Security Essential and Certified Network Defender (CND) with Professional Certification”.
Kursus yang berlangsung mulai 10 hingga 21 November 2025 ini telah disertai oleh dua orang peserta dari Jabatan Laut Malaysia. Sesi latihan ini diadakan bagi meningkatkan kompetensi teknikal peserta dalam bidang keselamatan siber dan pertahanan rangkaian.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan latihan dan lulus pensijilan profesional tersebut.
Semoga program ini memberi manfaat yang besar dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan keselamatan data serta infrastruktur digital di Jabatan Laut Malaysia.