KURSUS MOTION GRAPHICS DAN VISUAL EFFECTS WITH AFTER EFFECTS
KURSUS MOTION GRAPHICS & VISUAL EFFECTS WITH AFTER EFFECTS
13 & 14 Oktober 2026 - Penguasaan elemen visual dan grafik bergerak kini menjadi salah satu teras penting dalam menyampaikan maklumat dengan lebih berimpak.
Bagi memantapkan kemahiran teknikal, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Kursus Motion Graphics & Visual Effects with After Effects yang berlangsung selama dua hari pada 13 & 14 Oktober 2026.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada En. Anas Bin Malek dari Bengkel Teknologi Pembangunan Multimedia atas penyampaian kepakaran, kepimpinan modul, serta bimbingan taktik visual yang amat mantap sepanjang program berlangsung.
Dengan penyertaan komited daripada 4 orang peserta dari Politeknik Banting, Selangor, kursus berintensiti tinggi ini memberi tumpuan secara hands-on bagi memastikan setiap peserta dapat menguasai teknik asas hingga pemprosesan visual yang kompleks.
Kursus Motion Graphics & Visual Effects with After Effects merangkumi latihan amali dalam mereka bentuk grafik bergerak (2D/3D animation), pemprosesan kesan khas (VFX/compositing), penyuntingan teks dinamik (kinetic typography), serta teknik keyframing dan green screen keying.
Modul ini direka khas bagi membolehkan peserta menghasilkan kandungan video promosi, multimedia, dan pengiklanan digital yang kelihatan profesional dan ber standard industri.
Semoga ilmu dan kemahiran baharu yang diperoleh ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam meningkatkan kualiti penyampaian media serta mutu perkhidmatan institusi.
TVET Pilihan Utama Kerjaya!