Accessibility Tools

Program Technology Update Bersama Lama International Intelligent Technology Sdn Bhd.

Program Technology Update Bersama Lama International Intelligent Technology Sdn Bhd.

3 November 2026 | Program "Technology Update" Bersama Lama International Intelligent Technology Sdn. Bhd. Pihak Syarikat Lama International Intelligent Technology Sdn. Bhd. telah menganjurkan program "Technology Update" bersama warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Program ini berlangsung pada jam 10.00 pagi, bertempat di Unit 8-2, Level 8th, PFCC TOWER 2, Bandar Puteri Puchong, Selangor. Sesi perkongsian dan pendedahan teknologi ini diadakan bagi meneroka inovasi pendidikan masa hadapan yang memfokuskan kepada: • AI Smartboards serta pelbagai Smart Teaching Equipment terkini. • Sistem Recording & Broadcasting dan LED Display Systems. • Educational Drones dan Educational Robots. • Audio Components dan OPS PC Components. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan penguasaan inovasi warga institusi TVET seiring dengan kemajuan industri semasa.
Sesi Pembelajaran Terakhir Program K-Youth Nurture 2026

Sesi Pembelajaran Terakhir Program K-Youth Nurture 2026

21 Oktober 2026 | Sesi Pembelajaran Terakhir Program K-Youth Nurture 2026 Tahniah diucapkan kepada semua pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat kerana telah berjaya melengkapkan sesi pembelajaran terakhir bagi program K-Youth Nurture 2026 pada 21 Oktober 2026 yang lalu. Program latihan kemahiran ini telah berlangsung sejak bulan Ogos dan disertai oleh para pelajar dengan penuh dedikasi. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama, komitmen serta kesungguhan luar biasa yang dipamerkan sepanjang modul latihan dilaksanakan. Program ini diadakan bagi memperkasa kemahiran digital, teknikal dan insaniah para belia, sekali gus melengkapkan mereka dengan daya saing yang tinggi mendepani kehendak pasaran kerja semasa. Semoga ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini memberi manfaat berpanjangan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan masa hadapan para pelajar dalam bidang TVET.
Lawatan Pendedahan Industri pelajar ke Cisco Systems (Malaysia)

Lawatan Pendedahan Industri pelajar ke Cisco Systems (Malaysia)

Pada 28 Oktober 2026, seramai 25 orang pelajar Semester 2 Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan Lawatan Pendedahan Industri ke Cisco Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. yang bertempat di KL Sentral, Kuala Lumpur. Lawatan ini disertai oleh tiga orang pengajar, iaitu Pn. Ainon bin Abdullah. Pn. Juliana binti Mohd Elah dan Pn. Nik Mursilah Akmal bt Nik Mustafa. Lawatan industri ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang persekitaran sebenar industri, perkembangan teknologi rangkaian terkini serta amalan kerja profesional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Melalui sesi taklimat dan lawatan ini, pelajar berpeluang mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dengan menghubungkan pembelajaran teori dan amali di institut dengan aplikasi sebenar di industri. Program ini juga memenuhi keperluan silibus COPTPA melalui modul CIE200 – Industry Exposure, di samping meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peluang kerjaya dan persijilan profesional dalam bidang rangkaian komputer. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Cisco Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. atas peluang dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan lawatan ini. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat memberikan manfaat kepada para pelajar serta meningkatkan kompetensi, keyakinan dan kesediaan mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Majlis Apresiasi Sesi 2/2026

Majlis Apresiasi Sesi 2/2026

28 Oktober 2026 | Majlis Apresiasi Sesi 2/2026 ​Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Majlis Apresiasi Sesi 2/2026 bertempat di Hotel KSL Esplanade, Klang. ​Majlis yang berlangsung pada petang tadi telah dihadiri oleh Tuan Pengarah, Ts. Yuslan bin Yasok bersama para pegawai dan kakitangan, serta meraikan seramai 103 orang pelajar sijil dan diploma semester akhir. ​Majlis ini diadakan bagi menghargai segala usaha, komitmen, dan pencapaian para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat sebelum melangkah ke fasa seterusnya. ​Semoga majlis ini memberi kenangan bermakna kepada semua yang terlibat dan menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus cemerlang serta menyumbang bakti kepada kemajuan industri TVET negara.
Penggambaran Drama Anak Ikan Makcik Senah

Penggambaran Drama Anak Ikan Makcik Senah

26 Oktober 2026 I Penggambaran Drama Anak Ikan Makcik Senah Tajuk Drama : ANAK IKAN MAKCIK ROSNAH Penyiar : ASTRO Syarikat Penerbitan : Radius One Sdn Bhd Pengarah : Shahrulezad Mohameddin @ Budak Ijat Format : 20 Episod × 60 Minit Genre : Komedi Romantik, Drama Keluarga Sasaran Siaran : Ramadan–Aidilfitri 2027 Sinopsis Anak Ikan Makcik Rosnah ialah sebuah drama komedi romantik dan kekeluargaan yang santai, meneroka kerumitan dalam percintaan, hubungan kekeluargaan, perbezaan generasi, serta jangkaan masyarakat. Kisah ini berkisar tentang pasangan muda daripada latar belakang keluarga yang bertentangan; hubungan mereka yang tidak dijangka telah menyatukan dua dunia yang sangat berbeza. Perjalanan mereka dipenuhi dengan detik-detik lucu, konflik emosi, campur tangan keluarga, serta penemuan yang tidak disangka-sangka mengenai erti cinta dan nilai peribadi. Menggabungkan elemen romantik, komedi, dan mesej kekeluargaan yang bermakna, drama ini menjanjikan penceritaan yang menghiburkan dan dekat dengan kehidupan, sesuai untuk tontonan seisi keluarga di Malaysia. Barisan Pelakon Utama Produksi ini menampilkan gabungan pelakon Malaysia yang berpengalaman serta bakat-bakat baharu, antaranya: - Zarif Ghazzi - Emyra Erysha - Hussain (Big Stage) - Azhan Rani - Amy Mastura - Jay Hazwazil - Aziz M. Osman - Hamidah Wahab - Ieda Moin - Ezue Hashim - Akish - Serta pelakon-pelakon pembantu yang lain. Penglibatan barisan pelakon berbakat ini dijangka dapat meningkatkan lagi daya tarikan drama ini kepada penonton. Pemilihan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat sebagai salah satu lokasi penggambaran sedikit sebanyak dapat membantu dalam memperkenalkan institut ini di mata masyarakat.Terima Kasih Diucapkan.

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial