Accessibility Tools

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) ASRAMA ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) ASRAMA ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT

15 Oktober 2026II LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) ASRAMA ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT ​Keselamatan warga Kampus sentiasa menjadi keutamaan kami! ​Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan kerjasama Unit Pengurusan Asrama ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah berjaya menganjurkan Latihan Kebakaran (Fire Drill) bertempat di Kompleks Asrama Kediaman Pelajar. ​ Objektif Utama Latihan: 🔹 Menguji tahap kesiapsiagaan dan kepantasan Pelajar/Penghuni Asrama sewaktu menghadapi situasi kecemasan. 🔹 Memastikan para pelajar biasa dengan laluan kecemasan dan Tapak Berkumpul (Assembly Point). 🔹 Menguji kefungsian sistem penggera keselamatan dan siren di blok-blok asrama. ​Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penghuni asrama serta jawatankuasa yang terlibat atas kerjasama dan disiplin cemerlang yang ditunjukkan sepanjang latihan ini berlangsung! ​"Keselamatan Tanggungjawab Bersama"

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial