LAWATAN VERIFIKASI PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) KENDIRI ADTEC JTM SESI 2/2026 PTA 2 (PTL)
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menerima kunjungan lawatan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) kendiri bagi Projek Tahun Akhir 2 (PTA 2) Program Pemendekan Tempoh Latihan (PTL) sesi 2/2026. Lawatan verifikasi ini telah dihadiri oleh Ts. Azlina Binti Amir (Ibu Pejabat JTM) dan Puan Tengku Nur Sharizat Binti Tengku Sharipudin (ADTEC JTM Kampus Pedas).
Lawatan verifikasi ini diadakan bertujuan untuk menilai dan memverifikasi Projek Tahun Akhir pelajar-pelajar program Diploma Tek. Komputer Rangkain dan Diploma Tek. CADD Senibina (COPTPA).
Pihak ADTEC sangat mengalu-alukan teguran dan cadangan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang lawatan verifikasi dijalankan. Semua teguran dan cadangan penambahbaikan tersebut akan dijadikan panduan bagi meningkatkan lagi mutu penilaian dan sistem latihan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.