Accessibility Tools

SELF-DISCOVERY WORKSHOP – TAHFIZ EDITION (SDW-IE) ZON 3 @ ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT

SELF-DISCOVERY WORKSHOP – TAHFIZ EDITION (SDW-IE) ZON 3 @ ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT

Banting | 8 September 2026 BANTING, 8 September 2026 – ADTEC JTM Kampus Kuala Langat hari ini menerima kehadiran peserta Self-Discovery Workshop – Tahfiz Edition (SDW-IE) Zon 3, anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dengan kerjasama PITAS dan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Program ini menghimpunkan 50 orang peserta daripada maahad sekitar Kuala Langat, Petaling dan Klang bagi mengikuti program pembangunan kendiri serta pendedahan kepada dunia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Antara institusi yang menyertai program pada hari ini ialah: Madrasah Tahfiz Al Amani Madrasatul Quran Darussalamah Maahad Al-Quran Ar-Rafiq Maahad Tahfiz Kemahiran Al Mawaddah Akademi Tahfiz Al-Quran & Vokasional BUKAN SEKADAR MELIHAT, TAPI TURUT MENCUBA! Menariknya, para peserta turut diberi peluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran secara hands-on menerusi kursus pendek yang dikendalikan oleh tenaga pengajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, iaitu: asic Arduino – pendedahan asas kepada teknologi elektronik, microcontroller dan pembangunan projek berasaskan Arduino. Basic C++ Programming Workshop for Beginners – memperkenalkan asas dunia programming dan pemikiran logik melalui bahasa pengaturcaraan C++. Drone Piloting – memberi pengalaman serta pendedahan awal kepada teknologi drone dan asas pengendaliannya. Selain itu peserta turut mengikuti Ujian Kerjaya & Personaliti – Instrumen Xplorasi Kerjaya, taklimat ADTEC, lawatan kampus serta Modul Pembangunan Diri: Slot Minda Cemerlang, selaras dengan matlamat program untuk membina keyakinan diri, sahsiah, semangat berpasukan dan membantu peserta merancang hala tuju masa hadapan. ADTEC JTM Kampus Kuala Langat menyambut baik jalinan kolaborasi bersama Yayasan Raja Muda Selangor, PITAS serta institusi tahfiz yang terlibat. Pihak kampus amat mengalu-alukan kesinambungan program seumpama ini pada masa akan datang sebagai platform memperluaskan akses dan pendedahan TVET kepada lebih ramai golongan belia. Kerana setiap anak muda mempunyai potensi yang berbeza. Ada yang menyerlah dalam akademik, ada yang hebat dengan kemahiran — dan apabila ilmu, sahsiah dan kemahiran digabungkan, lebih banyak pintu masa depan boleh dibuka. Daripada Al-Quran membina jati diri, kepada TVET membina kemahiran — melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan bersedia menghadapi masa hadapan. "𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝖾𝒔" "𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏" ​#𝐣𝐭𝐦𝐝𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐮 #𝐉𝐨𝐦𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂𝐉𝐓𝐌𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 #𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂𝐉𝐓𝐌𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 #𝐈𝐋𝐏𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 #𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧𝐈𝐧𝐢𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 #𝐊𝐈𝐓𝐀 #𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 #𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠 #𝗜𝗟𝗣 #𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 #𝗝𝗠𝗧𝗜 #𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 #𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬 #𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹 #𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶_𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #MalamSeniJiwaMerdeka #HariKebangsaan2026

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial