Malam Seni Jiwa Merdeka ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
2 September 2026 | Malam Seni Jiwa Merdeka ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian dan Tarian sempena Sambutan Hari Kebangsaan menerusi program "Malam Seni Jiwa Merdeka".
Program yang berlangsung pada malam tadi di Dewan Lavender telah dihadiri oleh Tuan Pengarah, Ts. Yuslan bin Yasok. Sesi pertandingan ini turut dimeriahkan dengan barisan juri jemputan iaitu En. Khairul, Sir Amirul, dan Sir Naim. Program diserikan dengan persembahan pembukaan oleh pelajar-pelajar India dan persembahan penutup iaitu Dikir Barat.
Pertandingan tarian dan nyanyian ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme serta mencungkil bakat seni dan kreativiti dalam kalangan pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh pelajar yang telah menampilkan persembahan yang amat memukau dan penuh semangat patriotik!
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan perpaduan serta semangat kebersamaan warga kampus.