Accessibility Tools

LAWATAN VERIFIKASI PEGAWAI NAZIRAN BIL. 2/2026

LAWATAN VERIFIKASI PEGAWAI NAZIRAN BIL. 2/2026

26 – 28 Ogos 2026 | LAWATAN VERIFIKASI PEGAWAI NAZIRAN BIL. 2/2026 Pelaksanaan Verifikasi Kursus di ILJTM yang melaksanakan Sistem Penilaian CGPA (SPC) dan Persijilan Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia (SKM/DKM) telah dilaksanakan secara semakan silang antara ILJTM. Seramai 5 orang Pegawai Naziran (PN) daripada ADTEC JTM Kampus Shah Alam telah ditugaskan untuk Lawatan Verifikasi Naziran di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat iaitu En. Raffizul Anizan Bin Razali, En. Norhaydir Bin Mohd Nazin, En. Mohd Ashek Bin Mohd Yusof, En. Muhd Hazrin Bin Redzuan & En. Raimi Azli Bin Zainal Abidin. Lawatan verifikasi dimulakan dengan mesyuarat pembukaan pada 26 Ogos 2026 bertempat di bilik Mesyuarat Perdana ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Latihan, Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan Urusetia (BKKL). Pegawai Naziran seterusnya membuat semakan terhadap borang-borang persijilan yang berkaitan dan juga mengesahkan keputusan Latihan Industri program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di dalam sistem MySpike. Pegawai Naziran juga telah melawat bahagian-bahagian yang terdapat di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat bagi tujuan verifikasi terhadap kaedah pengajaran, penggunaan silibus dan WIM, kawalan ke atas pelajar, pengurusan peralatan latihan, persekitaran latihan, pemeriksaan sistem penilaian dan penggunaan pusat sumber. Mesyuarat Penutup Lawatan Verifikasi Naziran telah diadakan pada 28 Ogos 2026 bagi membincangkan penemuan-penemuan oleh Pegawai Naziran sepanjang sesi verifikasi. Pihak ADTEC JTM menyambut baik teguran-teguran membina yang telah dibentangkan dan akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya demi meningkatkan mutu latihan di masa hadapan.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial