11 Ogos 2026 | Lawatan dari MBOT - Malaysia Board of Technologists, ke ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menerima kunjungan bagi lawatan dari MBOT - Malaysia Board of Technologists.
Program yang berlangsung pada pagi tadi di Bilik Mesyuarat Perdana telah dihadiri oleh Ts. Yuslan bin Yasok, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Puan Hjh. Nur Sakinah Ishak, Timbalan Pendaftar MBOT. Program ini telah disertai oleh barisan pengurusan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan delegasi MBOT.
Lawatan ini diadakan bagi memperkenalkan inisiatif berkaitan kursus pendek dan program kemahiran serta berkongsi maklumat berkenaan peluang pengiktirafan yang ditawarkan oleh MBOT.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi antara institusi TVET dan badan profesional.