Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1445H
27 Mac 2024 | πππππππ πππππππ πππππ ππππππ πππππππ πππππππ πππ5π
Bersempena Bulan Ramadan yang mulia ini, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) bersama Jawatankuasa Surau Ar-Rahman telah mengadakan program gotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada kakitangan dan pelajar ILPKLS. Barisan MPP & AJK Surau (Pelajar) turut membantu dalam menjayakan program ini.
Tujuan utama program adalah untuk menyemarakkan amal kebaikan di bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan sesama warga ILPKLS.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.