Accessibility Tools

 ILP Kuala Langat raih 4 Pingat Perak di CITEC 2024

ILP Kuala Langat raih 4 Pingat Perak di CITEC 2024

6 - 7 Mac 2024 || ILP Kuala Langat raih 4 Pingat Perak dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2024. Alhamdulillah. Jutaan Tahniah & Syabas kepada pasukan ILP Kuala Langat atas pencapaian meraih 4 pingat Perak dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CITEC) JTM Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di ADTEC Melaka. Pertandingan CITEC 2024 berjaya menarik sebanyak 246 penyertaan dari pelbagai agensi awam dan swasta termasuk dari Institut Pengajian Tinggi (IPT), Institut Latihan Kemahiran (ILK), Jabatan Kerajaan dan sekolah. 222 daripada jumlah penyertaan tersebut layak ke peringkat akhir. Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan kali ini dengan tema "Kelestarian Inovasi, Teras Kemajuan TVET Madani". PROJEK INOVASI ILP KUALA LANGAT YANG DIPERTANDINGKAN: 1) Aplikasi Realiti Maya Sistem Suria - Pingat Perak🥈 2) Aplikasi Augmented Reality Mengenali Organ Dalam Badan - Pingat Perak🥈 3) Hydroponic Monitoring System - Pingat Perak 🥈 4) Rainwater Harveting System - Pingat Perak 🥈 Syabas sekali lagi kepada pasukan ILP Kuala Langat. Semoga pencapaian ini menjadi sumber inspirasi kepada warga ILP Kuala Langat untuk terus menuju kecemerlangan.

Related Articles

Majlis Apresiasi Sesi 1/2022

Majlis Apresiasi Sesi 1/2022

Aktiviti ko-kurikulum

Aktiviti ko-kurikulum

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial