Kem Pemantapan Solat siri 1.0 : “Sempurnakan Solatmu”
1 November 2025 | Seramai 20 pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menyertai Kem Pemantapan Solat siri 1.0: “Sempurnakan Solatmu”, anjuran Bahagian Subjek Umum Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Ar-Rahman, bertempat di Surau dan Bilik Seminar di Pusat Sumber.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini bertujuan memperkukuh pemahaman dan pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar melalui pendekatan teori dan amali berpandu.
Kem ini memberi fokus kepada empat aspek utama iaitu wuduk, bacaan, rukun solat dan niat, dengan pendekatan latihan praktikal berstesen. Setiap pelajar dibimbing secara individu bagi memastikan kefahaman dan perlaksanaan solat mereka benar-benar sempurna.
Selain tenaga pengajar, lapan fasilitator pelatih turut terlibat membantu dalam penyeliaan dan bimbingan peserta sepanjang program.
Modul berfasa yang akan diteruskan dengan Kem Pemantapan Solat 2.0, melibatkan topik solat berjemaah, solat musafir dan penghayatan ibadah.
Semoga inisiatif ini mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja menunaikan solat dengan sah, tetapi juga penuh khusyuk, faham dan penghayatan , sejajar dengan matlamat melahirkan warga TVET yang seimbang dari segi ilmu dan rohani.