
Mesyuarat Pemetaan Silibus COPTPA bersama JPK
22–24 April 2025 | Mesyuarat Pemetaan Silibus Berasaskan COPTPA bersama JPK telah dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Ia merupakan proses penting untuk mendapatkan kelulusan pentauliahan beberapa program Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia secara pelaksanaan COPTPA bagi JTM. Hasil daripada mesyuarat ini, kesemua 4 program tersebut telah dipersetujui oleh Panel JPK untuk diperakukan pemetaan silibus memenuhi kehendak NOSS yang berkaitan.