Accessibility Tools

Program Outreach Pemerkasaan TVET Bersama Kaunselor Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Selangor

Program Outreach Pemerkasaan TVET Bersama Kaunselor Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Selangor

24 Ogos 2023 | Program Outreach Pemerkasaan TVET Bersama Kaunselor Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Selangor.
 
Satu Program Outreach Pemerkasaan TVET telah diadakan kepada guru kaunselor dan pelajar tingkatan 5 Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Selangor. Program ini mendapat kerjasama yang baik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Program ini melibatkan seramai 176 orang (guru kaunselor & pelajar) dari 4 buah sekolah iaitu SMK Jeram, SMK Seri Tanjung, SMK Sultan Sulaiman Shah dan SMK Bukit Kuching Tengah. Objektif utama program adalah untuk menyalurkan info-info berkaitan Pendidikan TVET di ILP Kuala Langat khususnya dan ILJTM amnya.
 
Antara agenda bagi program tersebut adalah kata-kata aluan oleh Tuan Pengarah, penyampaian info pengambilan pelajar oleh PP BPPL, penerangan kursus, fasiliti bengkel dan prospek kerjaya oleh Ketua-Ketua Bahagian serta lawatan ke bengkel-bengkel.
 
Pihak institut amat berharap agar program sebegini dapat memberikan input yang berguna kepada para kaunselor dan pelajar sekolah menengah agar kesedaran dan kefahaman tentang kelebihan bidang TVET dapat ditingkatkan bagi merealisasikan aspirasi negara untuk menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang kompeten.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial