
Pameran Sempena Majlis Peluncuran SUTRABEST SK Saujana Putra
29 Oktober 2024 |SK Saujana Putra telah menjemput ILP Kuala Langat mengadakan Pameran Sempena Majlis Peluncuran SUTRABEST SK Saujana Putra.
Melalui program ini, ILP Kuala Langat telah mengadakan pameran dan membuat hebahan berkaitan latihan kemahiran TVET di ILJTM amnya dan ILP Kuala Langat khususnya. Semoga dengan maklumat yang diberikan dapat menarik lebih ramai pelajar menyertai bidang latihan kemahiran.