Accessibility Tools

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2025

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2025

12 - 13 Feb 2025 | ILP Kuala Langat raih 1 Platinum, 2 Pingat Emas dan 4 Pingat Perak dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2025. Alhamdulillah. Jutaan Tahniah & Syabas kepada 7 projek inovasi pasukan ILP Kuala Langat atas pencapaian meraih 1 Platinum, 2 Pingat Emas dan 4 Pingat Perak dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CITEC) JTM Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di ADTEC Jerantut, Pahang. Pertandingan CITEC 2025 berjaya menarik seramai 272 penyertaan dari pelbagai agensi awam dan swasta termasuk dari Institut Pengajian Tinggi (IPT), Institut Latihan Kemahiran (ILK) dan Jabatan Kerajaan. 222 daripada jumlah penyertaan tersebut layak ke peringkat akhir. Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan kali ini dengan tema "Integrasi Inovasi Ke Arah Kemampanan Agroteknologi".
Program Multimedia Race

Program Multimedia Race

6 November 2024 | Program Multimedia Race yang dianjurkan oleh Pelajar Semester 3 yang diadakan bertempat di Foyer ILP. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Loh Hong Wai selaku Timbalan Pengarah Latihan ILP Kuala Langat. Program ini diadakan bertujuan untuk memenuhi 𝑡𝑎𝑠𝑘 di bawah modul Product Organisation. Di samping itu, ianya dapat memberi pengalaman kepada pelajar semester 3 dalam mengendalikan sesebuah program. Program ini telah berjaya dilaksanakan melibatkan ke semua pelajar Bengkel Multimedia. Semua ahli jawatan kuasa (AJK) yang dilantik telah dapat melaksanakan program yang telah dirancang dengan jayanya. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan di masa akan datang dengan lebih baik lagi.
Pertandingan Cybersecurity WSMBUC2024 di UniKL MIIT, Kuala Lumpur

Pertandingan Cybersecurity WSMBUC2024 di UniKL MIIT, Kuala Lumpur

Pada 23 - 25 September 2024 telah diadakan pertandingan Cybersecurity WSMBUC2024 yang diadakan di UniKL MIIT, Kuala Lumpur. Peserta yang terlibat adalah dari Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat iaitu Muhammad Zikrillah bin Mohd Zainal dan Muhammad Afiq bin Ilyas serta Pn. NurulAfiza binti Ramli merangkap sebagai Jurulatih bagi pertandingan tersebut.
Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan 2024

Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan 2024

11 September 2024 | Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan 2024 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama BPPL telah menganjurkan Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan 2024 bermula 12 Ogos 2024. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Tarian Tradisional, Pertandingan Pakaian Tradisional, Fun Run Merdeka, Kuiz Kemerdekaan dan Tik Tok Kemerdekaan. Setiap bengkel telah menghantar wakil bagi setiap pertandingan yang telah dianjurkan. Malam Kemuncak Pertandingan telah berlangsung pada 11 September 2024 iaitu Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Tarian Tradisional dan Pertandingan Pakaian Tradisional. Pertandingan ini telah berlangsung selama 2 jam dengan memperlihatkan bakat-bakat terpendam dari pelajar-pelajar ILP Kuala Langat. Tahniah diucapkan kepada semua peserta pertandingan dan pelajar-pelajar yang telah memberikan sokongan padu kepada wakil dari setiap bengkel.
Majlis penyampaian hadiah pertandingan videografi MPKL

Majlis penyampaian hadiah pertandingan videografi MPKL

Multimedia Team ILP Kuala Langat telah menyertai pertandingan Videografi Kuala Langat dan telah memenangi saguhati RM400.
Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial