Accessibility Tools

Pertandingan TVET Madani Drone Competition 2025

Pertandingan TVET Madani Drone Competition 2025

5 – 7 Disember 2025 | Tahniah diucapkan kepada pasukan ADTEC Kuala Langat atas kejayaan meraih tempat kedua dalam Pertandingan TVET Madani Drone Competition 2025. Kejayaan ini menjadi bukti kemampuan pelajar dalam bidang teknologi dron serta komitmen institusi dalam memperkasa pendidikan TVET di peringkat nasional. Pertandingan ini telah berlangsung sempena program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku bertempat di Perkarangan Perbadanan Putrajaya, melibatkan 32 pasukan bagi kategori terbuka. Acara ini menjadi platform penting untuk mempamerkan kemahiran dan kreativiti dalam pengendalian dron. ADTEC Kuala Langat telah mengambil bahagian dengan menghantar tiga pasukan, iaitu LangatFlyzone, LangatFlyzone2 dan LangatFlyzone3. Selepas peringkat saringan, dua pasukan berjaya mara ke pusingan kalah mati, iaitu LangatFlyzone dan LangatFlyzone2. Persaingan diteruskan di peringkat kalah mati dan menyaksikan pasukan LangatFlyzone layak ke peringkat akhir untuk bertemu pasukan Ciast Drone Team. Dalam saingan penentuan tersebut, LangatFlyzone berjaya meraih naib juara, membawa pulang RM500 serta pingat. -------------------------------------- Senarai Pasukan ADTEC Kuala Langat -------------------------------------- • LangatFlyzone diketuai oleh pengurus En. Anas Bin Malek serta dianggotai pelajar Syahrul Farhan Jamil (TPM) dan Asyraf Danial Bin Muhamad Aminuddin (TPM). • LangatFlyzone2 dikendalikan oleh pengurus En. Rahim Bin Mohd Amin, dengan penyertaan pelajar Muhammad Harris Iman Bin Lukman (CADS) dan Muhammad Hafizin Bin Fouzi (CADS). • LangatFlyzone3 dipimpin oleh pengurus En. Khairul Anuar Bin Hasan / En. Wahni Rizal Bin Abdullah Kamal, disertai oleh pelajar Caesar Shawn Mudir (CADS) dan Syahiruddin Bin Yahya (CADS).

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial