Accessibility Tools

Sambutan Semarak Hari Belia Negara Daerah Kuala Langat & Himpunan TVET Parlimen Negeri Selangor Tahun 2025

Sambutan Semarak Hari Belia Negara Daerah Kuala Langat & Himpunan TVET Parlimen Negeri Selangor Tahun 2025

15 Mei 2025 | ILP Kuala Langat telah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Semarak Hari Belia Negara Daerah Kuala Langat & Himpunan TVET Parlimen Negeri Selangor Tahun 2025 anjuran bersama dengan Pejabat Belia Daerah Kuala Langat dan Majlis Belia Daerah Kuala Langat. Seramai 500 orang peserta dikalangan pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA dan belia menyertai acara sambutan dan melafazkan ikrar secara serentak sebagai menyatakan komitmen dan kesungguhan menjayakan aspirasi negara Belia Boleh. Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk pertandingan eSport, ceramah daripada Akademi Kenegaraan Malaysia, pameran TVET daripada pelbagai institusi latihan kemahiran awam dan swasta, jualan rahmah dan lain-lain lagi. Program Semarak Hari Belia Negara ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial