Program Pelancaran Rasmi GTPC dan Forum Industri Berimpak Tinggi bersama GITC
6 Jun 2026 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah terlibat dalam menghadiri program pelancaran rasmi dan forum bertajuk “Pelancaran Rasmi GITC TVET Placement Centre (GTPC) dan Forum Industri Berimpak Tinggi di bawah Hub 2: TVET Seminar”.
Program ini merupakan anjuran Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) bersempena Hari TVET Negara 2026. Seramai 33 orang pelajar serta Pegawai Pengiring, En. Hilmi bin Abdul Majid telah menghadiri seminar ini.
Sesi ini diadakan bagi memberi pendedahan yang meluas kepada para pelajar mengenai penempatan kerjaya TVET serta membincangkan peluang dan hala tuju industri berimpak tinggi bersama pihak GITC.