Taklimat dan Lawatan Tapak bagi Jawatankuasa Keselamatan, Lalu Lintas dan Logistik
8 Mei 2024 || Satu taklimat dan lawatan tapak bagi jawatankuasa keselamatan, lalu lintas dan logistik sempena Hari TVET Negara Tahun 2024 telah diadakan pada hari ini di ILP Kuala Langat.
Ahli jawatankuasa ini terdiri dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef).
Semoga lawatan kerja ini memudahkan urusan dan perlaksanaan Majlis Hari TVET Negara Tahun 2024