Accessibility Tools

Perbincangan Kerjasama Strategik Bersama CyberSecurity Malaysia (CSM)

Perbincangan Kerjasama Strategik Bersama CyberSecurity Malaysia (CSM)

4 Mac 2024 || Perbincangan Kerjasama Strategik Bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) Pihak ILP Kuala Langat telah mengadakan lawatan kerja ke CyberSecurity Malaysia (CSM) di Cyberjaya bagi membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan jalinan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Pihak institut dan CSM telah berbincang dan bersetuju untuk bekerjasama, khususnya berkaitan latihan kemahiran dalam bidang keselamatan siber. Kedua-dua pihak juga bersedia untuk memberi komitmen bagi melaksanakan pelbagai program bersama seperti perkongsian teknologi dan kepakaran, peningkatan kemahiran pengajar dan pelajar dan lain-lain lagi. Terima kasih diucapkan kepada pihak CSM di atas kesudian menerima kunjungan dari ILP Kuala Langat dan kerjasama yang diberikan. Semoga rancangan jalinan kerjasama yang dibincangkan akan dapat direalisasikan bersama dengan jayanya.
Perbincangan Kerjasama Pelaksanaan Program SLDN bersama Syarikat Kian Joo Can Factory (KJCF) Berhad

Perbincangan Kerjasama Pelaksanaan Program SLDN bersama Syarikat Kian Joo Can Factory (KJCF) Berhad

16 Februari 2024 || Perbincangan Kerjasama Pelaksanaan Program SLDN bersama Syarikat Kian Joo Can Factory (KJCF) Berhad Pihak ILP Kuala Langat telah menerima kunjungan daripada wakil syarikat Kian Joo Can Factory (KJCF) Berhad serta wakil daripada pihak JPK untuk membincangkan lebih lanjut berkenaan pelaksanaan program SLDN di antara pihak syarikat dengan ILP Kuala Langat. Kedua-dua pihak telah berbincang dan bersetuju untuk bekerjasama bagi melaksanakan program SLDN secara bersama bagi program Diploma Teknologi Perisian Multimedia. Pihak syarikat juga bersedia untuk memberi penempatan latihan industri kepada pelajar dan penempatan pekerjaan bagi graduan yang berkelayakan. Terima kasih diucapkan kepada syarikat Kian Joo Can Factory (KJCF) Berhad dan juga JPK di atas minat dan kerjasama yang diberikan. Semoga rancangan pelaksanaan program SLDN yang dibincangkan akan dapat direalisasikan bersama dengan jayanya.
Seminar Membentuk Aura Kehidupan Sukses dengan kerjasama Aura Rezeki Malaysia

Seminar Membentuk Aura Kehidupan Sukses dengan kerjasama Aura Rezeki Malaysia

17 Oktober 2023 | Seminar Membentuk Aura Kehidupan Sukses dengan kerjasama Aura Rezeki Malaysia. Eksklusif bersama Pn Julinda binti Miswan, CEO & Pengasas Aura Rezeki.
Seminar ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar Semester 1 dan 2. Semoga dengan perkongsian ilmu daripada Pn Julinda dapat membentuk keperibadian unggul dalam kalangan pelajar ILPKLS.
Program Sangkutan Pensyarah Bagi Pembangunan Kemahiran dan Teknologi Di Politeknik TEDC Bandung, Indonesia

Program Sangkutan Pensyarah Bagi Pembangunan Kemahiran dan Teknologi Di Politeknik TEDC Bandung, Indonesia

25 September 2023 - 6 Oktober 2023 | Program Sangkutan Pensyarah Bagi Pembangunan Kemahiran dan Teknologi Di Politeknik TEDC Bandung, Indonesia
ILP Kuala Langat telah bekerjasama dengan Politeknik TEDC Bandung bagi melaksanakan Program Sangkutan Pensyarah Bagi Pembangunan Kemahiran dan Teknologi yang berlangsung selama 2 minggu, bertempat di kampus Politeknik TEDC Bandung, Indonesia. Program 2 minggu tersebut merangkumi sesi perkongsian pengetahuan dan kemahiran oleh kedua-dua buah institusi dalam bidang ICT serta lawatan ke industri berkaitan di sekitar Bandung, Indonesia. Butiran program adalah seperti berikut :-
1- Kursus : Augmented Reality (AR) Mobile App Development oleh Puan Sarala Kanthasamy, Ketua Bahagian Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif), ILP Kuala Langat.
2- Kursus : Cybersecurity Essentials oleh Puan Maisarah binti Mansor Sanusi, Ketua Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian, ILP Kuala Langat
3- Seminar : The Effectiveness of Using Open Source Software In Technical / TVET Institutions oleh Ts. Dr. Muhammad bin Yusof, Pengarah ILP Kuala Langat
4- Kursus : Computer Vision oleh Tuan Aris Haris Rismayana, Pensyarah Politeknik TEDC Bandung
5- Kursus : Object Detection With YOLOv7 oleh Tuan Aris Haris Rismayana, Pensyarah Politeknik TEDC Bandung
6- Lawatan industri ke syarikat Assemblr Indonesia Office ( https://www.assemblrworld.com/ )
Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program kerjasama antara ILP Kuala Langat dengan Politeknik TEDC Bandung ( Politeknik TEDC ). Semoga kerjasama yang terjalin akan terus utuh dan membawa manfaat untuk peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua pihak.
Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) Antara ILP Kuala Langat dengan CIDB e-Construct Services Sdn. Bhd

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) Antara ILP Kuala Langat dengan CIDB e-Construct Services Sdn. Bhd

15 Jun 2023 | Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) Antara ILP Kuala Langat dengan CIDB e-Construct Services Sdn. Bhd.
Sebuah majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara ILP Kuala Langat dengan CIDB e-Construct Services Sdn. Bhd. telah diadakan di myBIM Centre, Sunway Putra Tower, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah ILP Kuala Langat, Ts. Dr. Muhammad bin Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB e-Construct Services Sdn. Bhd. , Ts. Rofizlan Ahmad.
Kerjasama antara kedua-dua agensi ini adalah tertumpu kepada bidang Teknologi CADD Senibina di ILP Kuala Langat. Perbincangan ke arah kerjasama strategik ini telah bemula pada bulan Ogos 2022, dan akhirnya telah termerai pada tanggal 15 Jun 2023.
Pihak institut amat berbesar hati dengan kerjasama baik oleh pihak syarikatserta kedua-dua pihak sangat teruja dan bersemangat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah mempertingkatkan lagi mutu latihan kemahiran di ILP Kuala Langat.
Semoga kerjasama yang terjalin akan terus utuh dan memberi lebih banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial