Accessibility Tools

Taklimat Pembangunan Kemahiran Pengajar ILP Kuala Langat Bersama Rakan Kerjasama Industri Tahun 2022

Taklimat Pembangunan Kemahiran Pengajar ILP Kuala Langat Bersama Rakan Kerjasama Industri Tahun 2022

Pada 27 Oktober 2022,  ILP Kuala Langat telah menganjurkan sebuah Taklimat Pembangunan Kemahiran Pengajar ILP Kuala Langat Bersama Rakan Kerjasama Industri Tahun 2022 bertempat di The Everly Putrajaya. Taklimat tersebut dihadiri oleh semua barisan pengurusan tertinggi institut, semua Ketua Bahagian bagi setiap kursus, ahli Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) bagi setiap kursus dan juga semua syarikat yang mempunyai jalinan hubungan industri bersama ILP Kuala Langat.
 
Pelbagai perkara telah dikongsi dan dibincangkan bersama dengan tujuan utama untuk meningkatkan lagi kemahiran para pengajar agar selari dengan keperluan terkini di dalam industri, sekaligus dapat membantu dalam penyampaian pengajaran dan latihan yang lebih menyeluruh kepada pelajar. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua. Semoga kerjasama antara ILP Kuala Langat dengan semua rakan industri akan terus utuh dan dapat memberikan impak yang positif kepada kedua-dua pihak.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial