Accessibility Tools

Info Korporat

Image

Tentang
ILP Kuala Langat

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor telah di bina pada 04 Februari 2003 dan telah siap dengan jayanya pada 11 Ogos 2004 di bawah kendalian Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Ianya terletak lebih kurang 4km dari pekan Banting menuju ke arah kg Jugra dan Pengkalan TUDM.

Visi, Misi dan Objektif Kami  

Visi

Untuk menjadi organisasi peneraju dalam membangun tenaga kerja yang berdaya saing

Misi 

Untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing

Objektif

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor ini ditubuhkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang tertumpu terhadap kemahiran dan teknologi industri terkini melalui objektif tersebut :-

  1. Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara
  2. Meninggikan kemahiran pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan negara
  3. Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perindustrian melalui latihan yang bersistematik.

Piagam Pelanggan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) adalah: 

  1. Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
  2. Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;
  3. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula;
  4. Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus; dan
  5. Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak

Kenali kami dengan
lebih dekat

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial